Cara Buat Duit Palsu

cara buat duit

Hari ini sedikit free, tak ada kerja sangat jadi aku buka Google dan saja cari cara buat duit. Dan, inilah antara yang dicari oleh orang lain di luar sana. Cara buat duit palsu pun ada yang cuba nak tahu.

Mungkin sebab ekonomi teruk sangat sekarang ini, sampaikan ada yang sanggup nak belajar cara buat duit palsu.

Aku harap, tiadalah orang yang mengajar cara buat duit yang salah di sisi undang – undang ni. Walaupun sedar sekarang ekonomi sedikit perlahan dan ramai yang telah dibuang kerja sejak 2015 selepas krisis harga minyak dunia.

Tapi, janganlah pilih jalan yang salah dalam mencari duit. Banyak lagi pekerjaan halal yang boleh berikan duit. Mungkin mengambil sedikit masa namun bersabarlah dalam mencari duit.

Kau mungkin dapat buat duit dengan segera menggunakan cara yang salah tapi kena ingat, duit tu kau guna untuk tanggung anak isteri. Berkat tu penting. Sebab aku percaya, segala kerosakan yang berlaku dalam hidup seharian ada kena mengena dengan soal keberkatan rezeki.

Jadi, usah cuba belajar cara buat duit palsu atau apa saja yang menyalahi undang – undang.